Disclaimer -Replace this with you own words- Scream Here Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Your name Best view: Google Chrome |
" oh ibu . dikau lah ratu hati ku "
Sunday 28 December 2014 | 16:06 | 0 comments
Ibu ...
Syukur aku masih diberikan kesempatan untuk bersamamu sehingga ke saat ini,
Berkongsi cerita, Meluahkan rasa hati, Dan kadang-kadang kita juga bergosip...opps hehe, Bercuti dan membeli belah bersama-sama, Dan adakalanya kita juga ber'pillow talk' bersama-sama, Engkau sentiasa setia di sisi mendengar,memberi respon dan menasihati, Ibu ... Terkadang sikap degilku membuatkan engkau terpaksa memarahiku, Namun sedikit pun aku tidak pernah terasa hati, Kerana bagiku itu adalah bentuk perhatian darimu, Bererti itu tanda engkau mempedulikanku, Engkau mengasihiku, Engkau mahu yang terbaik untukku,
Ibu ...
Aku akan membalas jasamu walaupun jasamu sepanjang hayatku tidak terbayar dengan jutaan ringgit sekalipun, Aku akan cuba membuatkanmu sentiasa bahagia, Aku akan berusaha menemani dan menjagamu di saat aku berkesempatan, Aku akan membuatkanmu bangga memiliki aku,
Ibu ...
Aku amat menyayangimu sepenuh jiwaku, Inilah yg terbaik dari anakmu. |